Kes rasuah KSU: SPRM rampas dokumen di pejabat

arif

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas sejumlah dokumen disyaki mempunyai maklumat berhubung kegiatan ketua setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) disyaki terlibat dalam rasuah, yang ditahan pada Rabu lalu.

Menurut sumber SPRM, pihaknya memperoleh dokumen berkenaan selepas melakukan serbuan di pejabat Datuk Mohd Arif Ab Rahman di Putrajaya hari ini.

Katanya, kontraktor dan vendor yang dipercayai telah dianugerahkan kontrak daripada KSU berkenaan akan dipanggil selepas pihaknya meneliti dokumen yang dirampas itu.

“Beberapa pegawai dan kakitangan kementerian itu akan dipanggil dalam masa terdekat untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

BACA: Lebih RM5 juta wang tunai dan jongkong emas dirampas

BACA: KKLW sedia bekerjasama dengan SPRM berhubung siasatan rasuah – Ismail Sabri

Sumber itu turut memberitahu, SPRM turut akan menyiasat penglibatan suspek dalam beberapa projek ketika memegang jawatan lain sebelum menjawat jawatan sekarang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Beliau berkata siasatan masih di peringkat awal dan SPRM dijangka akan merampas lebih banyak dokumen berhubung siasatan ini.

“Setakat ini tiada tangkapan baharu namun saya tidak menolak kemungkinan akan ada tangkapan lagi pada masa akan datang,” katanya.

 Wang tunai dan jongkong emas bernilai lebih RM5 juta dirampas dan disita setakat ini oleh SPRM, susulan penahanan Mohd Arif, 59, di kediamannya di USJ, Subang Jaya, dekat sini pada Rabu manakala dua anak lelakinya yang berusia 29 dan 34 tahun ditahan semasa diambil keterangan di ibu pejabat SPRM pada Rabu.
KSU dan kedua-dua anaknya itu ditahan reman tujuh hari bermula semalam sehingga 11 Jan bagi membantu siasatan menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya untuk menerima rasuah.

— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s