Siapa Anak Exco Perumahan Johor dan Pegawai Khas ditahan SPRM Skandal RM15.5juta?

idzuan

JOHOR BAHRU: Enam lelaki termasuk anak lelaki sulung Datuk Abd Latif Bandi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan  serta Mohamad Idzuan Jamaluddin pegawai khas, seorang penjawat awam Pejabat Tanah Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai terlibat rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata kesemua suspek yang berusia antara 25 dan 50 tahun itu ditahan semalam di beberapa lokasi dalam operasi serentak bermula 8.30 pagi.

Read More »

Advertisements

Dua Pengurus Besar MAHB KLIA bakal dipersalahkan CCTV Kes bunuh Kim Jong-Nam bocor?

BADLISHAM GHAZALI / MAHB

PUTRAJAYA – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah memulakan siasatan dalaman bagi mengetahui bagaimana rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikaitkan dengan kes pembunuhan Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) boleh disiarkan oleh media asing.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali berkata pihaknya amat kesal dengan insiden itu dan unit keselamatan MAHB juga telah membuat laporan polis mengenainya pada Isnin lepas.

Read More »

Shamsuri Pengurus besar kanan MAHB ditahan seleweng RM80,000

pengurus-besar-kanan

KUALA LUMPUR: Pengurus Besar Kanan, Sumber Manusia Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Md Shamsuri Md Isa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyeleweng kira-kira RM80,000 untuk rawatan kecantikan kulit dan program pelangsingan.

Menurut sumber,  Shamsuri berusia 41 tahun itu ditahan di kediamannya di Bandar Tun Razak, Cheras pada 11 pagi.

Read More »

Pejabat Setiausaha Politik Menteri diserbu SPRM

sprm-serbu 

KUALA LUMPUR: Seorang setiausaha politik menteri kanan dari Sarawak yang dikatakan telah mengumpul berjuta-juta ringgit dalam masa yang singkat sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber pejabat Menteri itu minggu lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat Setiausaha politik menteri itu di Putrajaya.

Setiausaha politik  berkenaan dikatakan banyak kali diadu kepada SPRM berhubung kerja-kerja meminta rasuah dalam tender dan projek di kementerian itu. Dalam serbuan SPRM turut merampas beberapa dokumen di pejabat Menteri itu.

Read More »