Pejabat Setiausaha Politik Menteri diserbu SPRM

sprm-serbu 

KUALA LUMPUR: Seorang setiausaha politik menteri kanan dari Sarawak yang dikatakan telah mengumpul berjuta-juta ringgit dalam masa yang singkat sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber pejabat Menteri itu minggu lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat Setiausaha politik menteri itu di Putrajaya.

Setiausaha politik  berkenaan dikatakan banyak kali diadu kepada SPRM berhubung kerja-kerja meminta rasuah dalam tender dan projek di kementerian itu. Dalam serbuan SPRM turut merampas beberapa dokumen di pejabat Menteri itu.

sopulDifahamkan, penyiasat kes tersebut pernah mendapat perintah bagi merampas dan membekukan beberapa harta miliknya termasuk kereta mewah dan rumah selain akaun bank bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Suruhanjaya tersebut sedang menyiasat pembelian hartanya di kawasan Lembah Klang yang dikatakan diperolehi dari wang sogokan daripada kelulusan beberapa projek yang bernilai jutaan ringgit.

Difahamkan rampasan harta di bawah nama setiausaha politik itu bakal dilakukan dan penyiasat akan memanggil nama-nama lain yang telah didaftarkan sebagai pemilik harta. Sumber juga berkata, pegawai penyiasat telah pun mengenal pasti beberapa individu lain yang turut terlibat dengan kes tersebut dan juga akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Sebuah pasukan khas daripada suruhanjaya di Putrajaya juga telah pun memulakan siasatan kira-kira tiga minggu lalu berikutan maklumat yang mengatakan dia menjalani kehidupan mewah melebihi kemampuannya.

Difahamkan bahawa siasatan terhadap setiausaha politik tersebut dikategorikan antara kes berprofil tinggi.

Sehingga kini, suruhanjaya masih lagi meneruskan siasatan berdasarkan laporan dan maklumat yang telah diberikan oleh orang ramai. Pegawai suruhanjaya enggan mengulas tentang perkara ini ketika dihubungi.

Kontraktor dan vendor yang dipercayai telah dianugerahkan kontrak  atas bantuan Setiausah politik itu bakal dipanggil SPRM. Menurut sumber beberapa pegawai dan kakitangan kementerian itu akan dipanggil dalam masa terdekat untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

sumber

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s