Pengarah Imigresen Perak dan 3 lagi ditahan SPRM

imigresen

IPOH
: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu, termasuk Pengarah Imigresen Perak kerana terlibat dalam perbuatan rasuah hari ini.Keempat-empat suspek ditahan antara jam 12 pagi hingga 5.30 pagi di beberapa lokasi di Perak.

imi perak.jpg
Pengarah berusia 57 tahun itu ditahan bersama dua ahli perniagaan masing-masing berusia 30 tahun dan seorang mekanik berusia 26 tahun.Mereka dipercayai terlibat dalam memberi dan menerima rasuah daripada pengusaha pusat hiburan dan rumah urut yang beroperasi di Perak.

Kesemua mereka telah direman selama lima hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 (a) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Nooraziah Abd Manaf  ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s