Shamsuri Pengurus besar kanan MAHB ditahan seleweng RM80,000

pengurus-besar-kanan

KUALA LUMPUR: Pengurus Besar Kanan, Sumber Manusia Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Md Shamsuri Md Isa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyeleweng kira-kira RM80,000 untuk rawatan kecantikan kulit dan program pelangsingan.

Menurut sumber,  Shamsuri berusia 41 tahun itu ditahan di kediamannya di Bandar Tun Razak, Cheras pada 11 pagi.

“Shamsuri dikatakan mempunyai masalah obesiti dan disyaki menyalahgunakan kad kredit korporat yang dibekalkan MAHB kepadanya untuk menjalani satu rawatan yang tidak terdapat dalam kontrak faedah.

“Melalui maklumat dikumpulkan, kad kredit korporat itu hanya boleh digunakan untuk kegunaan rasmi termasuk pembelian tiket kapal terbang, penginapan, keraian dan belanja mesyuarat seperti yang dinyatakan dalam Prosedur Operasi Standard syarikat tersebut,” katanya.

Sumber Shamsuri  dilantik sebagai pengurus besar, Bahagian Sumber Manusia pada Januari 2015 sebelum dinaikkan pangkat ke pengurus besar kanan di bahagian yang sama pada Disember 2015.

“Siasatan awal mendapati Shamsuri mendapatkan rawatan kecantikan kulit serta pelangsingan badan tersebut di sebuah klinik dan hospital swasta di Lembah Klang antara Disember 2015 dan Ogos tahun lepas,” katanya.

Menurut sumber, segala kelulusan tuntutan perubatan kakitangan MAHB bergantung kepada semakan dilakukan sebuah syarikat pihak ke-3 yang dilantik bagi menguruskan kemudahan perubatan kakitangan mengikut Jadual Faedah dan senarai pengecualian yang diluluskan Bahagian Sumber Manusia MAHB.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

“Pihak kami merampas beberapa dokumen termasuk kad kredit korporat yang dibekalkan kepada suspek bagi membantu siasatan.

“Selain itu, suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk permohonan reman,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s