Siapa Anak Exco Perumahan Johor dan Pegawai Khas ditahan SPRM Skandal RM15.5juta?

idzuan

JOHOR BAHRU: Enam lelaki termasuk anak lelaki sulung Datuk Abd Latif Bandi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan  serta Mohamad Idzuan Jamaluddin pegawai khas, seorang penjawat awam Pejabat Tanah Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai terlibat rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata kesemua suspek yang berusia antara 25 dan 50 tahun itu ditahan semalam di beberapa lokasi dalam operasi serentak bermula 8.30 pagi.

fauzan.jpg
Datuk Abdul Latip sebelum menjadi Exco memiliki Syarikat Pembinaan Bandi Bina Sdn Bhd. Jadi beliau memang seorang jutawan sebelum Exco lagi. Cuma mungkin yang menjadi isu ialah apabila anak sulungnya Ahmad Fauzan Hatim memiliki Bentley baru yang jarang digunakan oleh orang kebanyakan di Johor. 

“Mereka yang ditahan merupakan anak dan pegawai khas kepada seorang pegawai kerajaan negeri Johor, dua pemaju, seorang peguam dan seorang awam yang dipercayai terlibat dalam skandal itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

rasuah-johor1
Susulan penangkapan itu, 45 akaun milik suspek yang mengandungi simpanan sekitar RM15.5 juta dibekukan, selain 21 kereta mewah seperti Nissan Skyline R35, Porsche Cayenne, CLA Mercedes-Benz 200, Bentley biru, Mercedes Benz G-Class, Range Rover , lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai termasuk mata wang asing berjumlah RM500,000 serta pelbagai dokumen dirampas bagi membantu siasatan, katanya.

rasuah johor 2sprm2.jpg

Azam berkata berdasarkan maklumat awal, kesemua suspek disyaki bersubahat dalam pengurangan premium tanah yang diluluskan untuk projek-projek perumahan dan perindustrian serta penukaran status premis-premis di Johor.

“Kegiatan mereka dipercayai telah mengakibatkan kerugian jutaan ringgit kepada hasil pendapatan kerajaan negeri Johor,” kata beliau.

Azam berkata SPRM akan memanggil beberapa saksi lagi untuk membantu melengkapkan siasatan.

Sementara itu, kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Gaya hidup mewah Ahmad Fauzan Hatim Abd Latif anak Datuk Abd Latif Bandi sering menjadi bualan di negeri Johor begitu juga Mohamad Idzuan Jamaluddin bekas aktivis mahasiswa USM yang bekerja sebagai Pegawai Khas Exco Perumahan itu.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Noor Hidayah Abdul Manaf di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.

 Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mana lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan.
mb-johor-dan-exco-perumahan
Untuk rekod Datuk Abd Latif Bandi adalah pemilik syarikat Bandi Bina Sdn  Bhd sebuah syarikat kontraktor Johor yang banyak mendapat projek kerajaan termasuk projek perumahan kerajaan sebelum Latif dilantik sebagai Exco Negeri Johor. Syarikat ini kini diserahkan kepada anaknya Ahmad Fauzan Hatim. Pengalaman dalam hartanah memudahkan Fauzan dan Idzuan Jamaluddin bersekongkol dalam menurunkan premium tanah yang telah diluluskan untuk projek perumahan dan perindustrian.
bandi bina.jpgAbd Latif adalah seorang kontraktor yang disayangi oleh YAB Khaled Nordin sebelum ini sehingga dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Walaubagaimanapun MB Johor ditanya kes rasuah ini beliau enggan menjawab dan hanya mahu SPRM menjalankan tugas mereka.
Advertisements

One thought on “Siapa Anak Exco Perumahan Johor dan Pegawai Khas ditahan SPRM Skandal RM15.5juta?

  1. assalamualaikum,nak tumpang tanya,boleh bagi nama projek projek perumahan di jb yang melibat kan kontraktor bandi bina seperti kenyataan dlam blog tuan.thanks.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s