Annuar Musa sekali lagi dilapor SPRM kerana dana geran SKMM?

annuar-musa-macc-1

PUTRAJAYA: Selepas kes salagunakuasa Pengerusi MARA kini sebuah syarikat membuat aduan  mendakwa sebuah yayasan  milik Tan Sri Annuar Musa melakukan penyelewengan dana RM2.7 juta.

Pengarah pemasaran syarikat yang membuat aduan berkata dana RM2.7 juta itu untuk membangunkan perisian komputer bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurutnya, dana tersebut daripada geran SKMM yang dipohon bagi tujuan pembangunan perisian itu, dan peruntukan bagi tempoh selama 2 tahun.

Katanya, dana itu sebaliknya diberikan kepada sebuah yayasan milik Tan Sri Annuar Musa dan pihaknya diarah SKMM supaya bekerjasama dengan yayasan itu.

Beliau berkata, 2 bulan selepas perjanjian ditanda tangani, kerjasama antara yayasan tersebut dan syarikatnya ditamatkan tanpa sebab. Beliau percaya yayasan itu sudah menerima RM2.7 juta dari SKMM yang dimaksudkan untuk perisian itu.

Beliau menggunakan khidmat anak dan menantu Annuar Musa untuk melaksanakan projek itu.

“Ahli MT Umno ini mengundang kami ke sebuah bangunan agensi kerajaan. Kami terkejut dia tidak membawa kakitangan agensi kerajaan. Sebaliknya 2 orang muda  iaitu anak dan menantunya,” katanya

Dalam perbincangan mereka, dana untuk pembangunan perisian itu “semakin lama semakin kecil”.

Daripada RM2.7 juta untuk tempoh 2 tahun menjadi RM1.34 juta untuk tempoh setahun, dan akhirnya hanya tinggal RM900,000, katanya. Namun, beliau menerimanya kerana menganggap ia lebih baik daripada tiada projek langsung, lalu menandatangani perjanjian pada 5 Oktober 2016.

Syarikatnya dibayar RM80,000 sebulan bagi antara lain menyiapkan kertas kerja. Tetapi kerjasama itu hanya bertahan 2 bulan.

Beliau mendakwa syarikat sehingga kini hanya menerima RM160,000 – RM80,000 pada Oktober dan November – sebelum perjanjian ditamatkan “tanpa sebab” pada 5 Disember.

“Saya hubungi dia untuk dapatkan penjelasan tetapi katanya tidak tahu.

“Bagaimana dia tidak tahu sedangkan syarikat itu diketuai anaknya dan cek yang kami terima ditandatangani oleh dia dan anaknya.”

Beliau berkata laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman mengesahkan menerima laporan polis itu.

Walaubagaimanapun bukanlah satu kesalahan jika sekiranya yayasan mendapat satu projek atau geran atas namanya dan kemudian melantik sub kontraktor melaksana projek itu. ia terpulang kepada Yayasan itu melantik kontraktor yang mereka mahu melainkan syarikat itu mendapat geran terlebih dahulu dan membayar ‘komisen’ kepada Yayasan.

SPRM dalam satu kenyataan media hari ini mengesahkan menerima laporan dakwaan terhadap Ahli MT UMNO itu walaupun tidak menamakan siapa pemimpin itu.

SPRM perlu menyiasat kes ini secara telus bimbang ia satu cara untuk memburukkan pihak Tan Sri Annuar Musa menjelang pemilihan Presiden FAM.

 

Salinan:

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM SPRM TELITI LAPORAN DAKWAAN
TERHADAP AHLI MT UMNO

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima satu laporan berhubung dakwaan seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dipercayai terlibat dalam penyelewengan projek membangunkan perisian untuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), semalam.

Laporan tersebut diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mendapat satu aduan daripada orang awam. SPRM akan meneliti laporan yang telah diperolehi sebelum membuka kertas siasatan terhadap dakwaan itu. Individu yang terlibat akan dipanggil untuk memberi keterangan sekiranya perlu bagi membantu siasatan.

SPRM juga akan bekerjasama dengan SKMM bagi mendapatkan maklumat-maklumat berhubung dakwaan tersebut.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
1 MAC 2017
PUTRAJAYA

Advertisements

3 thoughts on “Annuar Musa sekali lagi dilapor SPRM kerana dana geran SKMM?

  1. أَيُّمَا رَاعٍ غَشَّ رَعِيَّتَهُ فَهُوَ فِي النَّارِ

    “Siapapun pemimpin yang menipu rakyatnya, maka tempatnya di neraka.” (HR. Ahmad)

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s