Pengadu tarik balik laporan terhadap Annuar Musa kerana salah faham

annuar-musa_sprm_600

PETALING JAYA: Tidak sampai 24 jam melaporkan kepada polis dan SPRM , Pengarah pemasaran syarikat menarik semula laporan polis dan kenyataan terhadap sebuah yayasan milik Tan Sri Annuar Musa itu.

Pengarah pemasaran syarikat yang membuat aduan, menarik balik semula kenyataan dan laporan polis yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

“Kenyataan itu kita tarik balik, artikel itu kita tarik balik. Saya buat laporan polis baharu. Tarik balik semua dan segalanya selesai,” katanya mengakui salah faham yang disiarkan oleh Free Malaysia Today hari ini.

Sebelum ini, Pengarah pemasaran itu mendakwa yayasan milik seorang pemimpin kanan Umno itu melakukan penyelewengan dana RM2.7 juta yang diperoleh daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Bagaimanpun beliau kemudiannya mengaku berlaku salah faham.

Segala perselisihan faham antara pihaknya dan yayasan milik Annuar Musa itu kini tdapat diselesaikan dengan cara baik.

“Dah okay,” katanya ketika menjawab soalan sama ada hubungannya dengan yayasan berkenaan sudah pulih semula.

“Kita selesai cara baik, dengan pihak pihak yayasan. Beliau juga berharap agar isu syarikatnya dengan yayasan itu tidak lagi timbul. Tidak perlu jadi isu lagi”.

Untuk rekod bukan satu kesalahan sekiranya pihak Yayasan yang mendapat geran itu melantik syarikat luar sebagai sub kontraktor. Ia perkara biasa.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu.

“SPRM akan meneliti laporan yang diperoleh sebelum membuka kertas siasatan terhadap dakwaan itu.

“Individu yang terlibat akan dipanggil untuk diberi keterangan sekiranya perlu bagi membantu siasatan,” katanya.

SPRM juga akan bekerjasama dengan SKMM bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan tersebut.

Walaubagaimanapun menjadi satu kemusykilan kepada netizen bagaimana SPRM boleh membuat kenyataan media mengesahkan laporan. Sedangkan selama ini tidak pernah lagi SPRM mengesahkan laporan mana-mana pemimpin dengan segera.

Advertisements

2 thoughts on “Pengadu tarik balik laporan terhadap Annuar Musa kerana salah faham

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s