Kerana minum pagi pemandu KSN dihukum tapi sejak bila kenderaan rasmi KSN Vellfire?

kenderaan-rasmi-ksn

PUTRAJAYA: Kerana sebuah laman facebook pada 28 Februari 2017 lalu bertindak memuatnaik sebuah gambar yang menunjukkan kenderaan rasmi KSN sedang diletakkan di sebuah kawasan komersial di Presint 8, Putrajaya pada jam 11 pagi dengan gambaran KSN minum pagi terus mendapat  respon KSN dalam twitternya mengambil tindakan tatatertib buat pemandunya.

“Peerrgghh hebat tu pukul 11.00 pg KSN gi minum kalau staf lain dah tentu kena buang kerja …“ini lah diibaratkan ibu ketam suruh anak nya jalan tegak tapi bapak nya tetap jalan mengereng ketepi,”  tulis Putra Cywar

ksn-kenderaan-dan-tatatertib

Dr Ali Hamsa yang terkenal tegas kepada penjawat awam sehingga memecat PTD menghina kematian Arwah Adenan bekas Ketua Menteri Sarawak itu kali ini menghukum pemandu rasminya.

“Terima kasih atas makluman tindakan tatatertib sedang diambil terhadap pemandu saya,” tulisnya dalam twitter @DrAliHamsa.

Walaubagaimanapun menjadi satu kemusykilan netizen ialah sejak bila Ketua Setiausaha Negara itu menggunakan kenderaan mewah Vellfire bernombor pendaftaran WA7955A berwarna putih? Kenderaan rasmi bagi Pegawai Perkhidmatan  Gred Utama adalah Proton Perdana

6 Oktober 2016 Dr Ali Hamsa mengingatkan penjawat awam ‘terlalu mewah’ bertaubatlah. Beliau juga menasihatkan ahli keluarga penjawat awam agar menasihatkan pegawai mewah bertaubat dan melaporkan terus kepada SPRM.

Menjadi isu moral ialah apakah contoh yang baik KSN menggunakan kenderaan rasmi Vellfire sedangkan kenderaan rasmi proton Perdana disediakan oleh kerajaan sesuai dengan kelayakan mereka. YAB Perdana Menteri sendiri anggota pentadbiran menggunakan kenderaan rasmi Proton Perdana

KSN bukan saja perlu melaksanakan tindakan tatatertib buat pemandunya tetapi perlu menjawab kepada rakyat Malaysia bagaimana KSN boleh menggunakan Vellfire sebagai kenderaan rasmi.  Jika tidak rakyat akan melihat “cakap tidak serupa bikin” dari seorang Ketua Setiausaha Negara.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s