MB Johor jawab status tanah pemilik Bentley bukan anak Exco mengaku kaya ada lebih 54 syarikat

 

hj-amir-mb
Pemilik kenderaaan mewah Bentley dan akaun jutaan ringgit ialah Hj Amir Syarifudin Abd Rauf Pengarah SKS Group & MB Group (swasta) yang memiliki syarikat dalam dan luar negara. Hj Amir menjelaskan pesaing yang memfitnahnya sebelum ini bahawa ada 54 syarikat SKS Group Member (Malaysia)

“Saya senaraikan syarikat-syarikat dalam SKS Group saje  untuk tatapan semua tidak termasuk syarikat-syarikat  yang tersenarai dalam BSKL yang dimiliki oleh Group & syarikat-syarikat di luar negara yang dimiliki oleh Group.!!!

“Saya terpaksa bagi penjelasan ini secara terbuka untuk tatapan ramai kat luar sana walaupun perkara ini sensitif  kerana terlalu banyak tomahan, fitnah & berbagai cerita yang dicipta untuk merosakkan reputasi Saya & Syarikat, Peguam Peribadi saya & Syarikat akan mengambil Tindakan Undang-undang untuk menyelesaikan segala hal-hal yg berkaitan”Hj Amir Syarifudin Abd Rauf Pengarah SKS Group & MB Group (lebih lanjut didalam)

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor akhirnya menjawab kekeliruan semua pihak berhubung penukaran status dan pelepasan kuota Bumiputera di negeri ini tidak melibatkan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) atau kos rendah.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penjelasan berkenaan menjawab tuduhan tidak berasas wakil DAP bahawa kes yang dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini melibatkan rumah-rumah mampu milik Bumiputera.

Ia juga turut menepis tuduhan pembangkang terdapat kekurangan yang serius dalam jumlah rumah mampu milik yang boleh dibeli oleh Bumiputera akibat pelaksanaan berkenaan.

Menurut Mohamed Khaled, ia terpakai kepada rumah-rumah mewah dan harganya di luar kategori RMMJ yang telah melepasi tempoh dan syarat tertentu, bagi mengelakkan lambakan rumah sedemikian yang tidak terjual kepada pembeli Bumiputera.

“Kerajaan Negeri berasa bertanggungjawab untuk ambil kesempatan bagi menjelaskan kekeliruan tentang isu yang melibatkan penukaran atau pelepasan status rumah-rumah Bumiputera kepada status awam atau bukan Bumiputera”

“Secara asasnya, penukaran dan pelepasan status atau kouta Bumiputera untuk rumah-rumah mewah dan bukan dalam kategori RMMJ atau Rumah Kos Rendah adalah dibenarkan dan menjadi amalan Kerajaan Negeri dari dahulu lagi.

“Dasar yang membenarkan pelepasan ini tidak sama sekali melibatkan rumah kos rendah dan mampu milik seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak,” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi di akaun Facebook Mohamed Khaled.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Khaled berkata, pihaknya memandang serius siasatan dan penangkapan terhadap beberapa individu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dengan penyelewengan dalam urusan hartanah dan perumahan di Negeri ini

Katanya, adalah menjadi komitmen kerajaan negeri untuk memastikan tidak ada campur tangan dari mana-mana pihak. Ini bagi memastikan ketelusan dan kelancaran dalam siasatan yang dijalankan.

“Semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri juga akan dipastikan memberi kerjasama terbaik agar siasatan yang adil dapat dilakukan,” katanya.

1 Mac lalu Datuk Latif memohon cuti berikutan penahanan anaknya bersama dua pegawai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dengan kes rasuah dan penyelewengan hartanah.

idzuan.jpg
Tugas pegawai khas biasanya menjadi pengantara sahaja. Sama ada Idzuan Pegawai Khas Exco terlibat itu biarlah dia disiasat dan diadili di mahkamah sahaja. Ini kerana di atasnya adalah seorang Exco dan MB yang membuat keputusan bukan pegawai khas

 

Reman 4 suspek termasuk pemilik Bentley Hj Amir SKS Group disambung

Tempoh reman empat daripada enam suspek termasuk anak dan pegawai khas seorang EXCO kerajaan negeri yang ditahan berhubung skandal rasuah hartanah Johor, disambung tujuh hari mulai 3 mac lalu.

Dua suspek dipercayai pemaju hartanah berbangsa dibebaskan dengan jaminan SPRM.

kereta-mewah
Kereta Bentley milik Hj Amir Syarifudin Abd Rauf Pengarah SKS Group 

Sebelum ini 45 akaun milik suspek yang mengandungi simpanan sekitar RM15.5 juta dibekukan, selain 21 kereta mewah seperti Nissan Skyline R35, Porsche Cayenne, CLA Mercedes-Benz 200, Bentley biru, Mercedes Benz G-Class, Range Rover , lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai termasuk mata wang asing berjumlah RM500,000 serta pelbagai dokumen dirampas bagi membantu siasatan.

rasuah-johor-2sprm2.jpg
Cara media massa dan SPRM juga perlu dibetulkan untuk mengelak persepsi dan jatuh hukuman lebih awal. Hasil rampasan dan sita harus merujuk siapa pemilik asal bukan menggambarkan tuduhan kepada semua pihak. Dalam kes ini Pemilik Bentley misalnya dituduh milik Fauzan anak Exco Perumahan sedangkan ia milik Hj Amir Pengarah SKS Group yang jutawan itu

rasuah-johor1

Sumber baru siapa kontraktor yang ditahan

SG PULAI RESORT.jpg

Sumber maklumat yang diterima pemilik harta Bentley dan akaun berjuta itu ialah seorang kontraktor yang berjaya di Johor bernama Hj Amir Syarifudin Abd Rauf berumur sekitar 45 tahun. Beliau merupakan Pengarah SKS Group &  MB Group yang memiliki syarikat dalam dan luar negara. Dalam facebook Hj Amir menjelaskan  ada 54 syarikat dalam  SKS Group Member (Malaysia)

 

Ia termasuk MB Builders Sdn Bhd, Continental Management Sdn Bhd, Crystal Faber Sdn Bhd, Dimensi Panorama Sdn Bhd, Infra Rancak Sdn Bhd, SKS Focus Sdn Bhd, Parasky Projects Sdn Bhd, TNC Consolidated Sdn Bhd, MB Land Sdn Bhd, Top Genesis Sdn Bhd, Cocoa Valley Sdn Bhd, Southern Builders (J) Sdn Bhd, SKS Desaru Hotel Sdn Bhd, SKS Project Sdn Bhd, SKS Vacation Sdn Bhd, SKS Hotel Residences and Resorts Sdn Bhd, Hotel Nusajaya Sdn Bhd, AmanSari Hotel Management Sdn Bhd, Pandan Hotel Sdn Bhd dan lain-lain lagi.

Sebelum ditahan SPRM Hj Amir dalam kenyataan di facebooknya menjelaskan kedudukannya.

“Saya terpaksa bagi penjelasan ini secara terbuka untuk tatapan ramai kat luar sana walaupun perkara ini sensitif  kerana terlalu banyak tomahan, fitnah & berbagai cerita yang dicipta untuk merosakkan reputasi Saya & Syarikat, Peguam Peribadi saya & Syarikat akan mengambil Tindakan Undang-undang untuk menyelesaikan segala hal-hal yg berkaitan”. Katanya

AKUAN 3.jpg

amir.jpg

AKUAN AMIR 2.jpg

AKUAN AMIR 1.jpg
Hj Amir pernah menjawab semua fitnah yang pesaingnya lakukan sekarang sebelum ditahan SPRM

Hj Amir dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan Dato’ Seri Khaled Nordin Menteri Besar Johor sekarang. Ratusan juta projek pembangunan, hartanah, hotel dan lain-lain mereka laksanakan bukan saja dari kerajaan negeri, persekutuan malah projek pembangunan  sendiri, perhotelan dan lain-lain lagi. Jadi bukanlah menghairankan jika Amir Syariffudin ini mempunyai akaun berjuta kenderaan mewah seperti bentley.

SKS 6.jpg

MB.jpg

SG PULAI 4.jpg

MB.jpg

Menurut sumber merujuk kepada anak Exco, Ahmad Fauzan Hatim Abd Latif anak Datuk Abd Latif Bandi hanya memiliki dua kenderaan sahaja dan tidak memiliki Bentley manakala Mohamad Idzuan Jamaluddin bekas aktivis mahasiswa USM yang bekerja sebagai Pegawai Khas Exco Perumahan itu hanyalah sebagai pengantara kepada mana-mana urusan melibatkan Exco.

Untuk rekodbandi bina.jpg Fauzan,datang dari keluarga usahawan yang berjaya. Mewarisi syarikat datuknya Bandi Bina Sdn Bhd dan kemudiannya menjadi pengarah syarikat pembinaan yang berjaya dalam usia yang muda menggantikan bapanya sebelum ini sebagai Pengarah Urusan. Bandi Bina Sdn  Bhd sebuah syarikat kontraktor Johor yang banyak mendapat projek kerajaan termasuk projek perumahan kerajaan dan JKR sebelum Latif dilantik sebagai Exco Negeri Johor.

 

fauzan.jpgDatuk Latif juga pernah menjadi Naib Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia dan meninggalkan legasi syarikat dengan reputasi yang cemerlang kepada anaknya.

Memandangkan kes SPRM sedang dalam siasatan dan juga bekal dibawa dimahkamah oleh yang demikian tidak semestinya Fauzan dan Idzuan boleh dituduh bersalah memandangkan semua urusan premium tanah dan pelepasan status bumiputera adalah kuasa MB yang perlu dibawa dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan kertasnya diuruskan satu jawatankuasa terlebih dahulu. Maka tidak hairan jika pegawai dari pejabat tanah Johor disiasat. 
Kuasa Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan ialah pemberiankuota Rumah Mampu Milik di Johor. Syarikat SKS Group antara syarikat yang membina projek Rumah Mampu Milik. Itu pun jika semua prosedur dilakukan jelas bukanlah satu kesalahan kepada syarikat SKS Group untuk mendapat mana-mana projek kerajaan.
SPRM perlu membuktikan tertuduh dibawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 sama ada berlaku salahguna kuasa atau berlakunya transaksi rasuah atau pengubahan wang haram.

 

Advertisements

One thought on “MB Johor jawab status tanah pemilik Bentley bukan anak Exco mengaku kaya ada lebih 54 syarikat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s