KKLW lubuk rasuah SPRM syor rangka pelan integriti

Persepsi penjawat awam: KKLW sahut saranan SPRM rangka pelan integriti

PUTRAJAYA: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyahut saranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam merangka sebuah pelan integriti dalam mengubah persepsi masyarakat kepada penjawat awam.

Menurut Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri saranan yang dikemukakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki akan dibincangkan dan didrafkan secepat mungkin.

“Kita perlu satu tindakan drastik dalam menangani isu ini dan perbincangan mengenainya akan kita adakan bagi melaksanakan saranan itu secepat mungkin,” katanya dalam sidang media selepas Majlis KKLW bersama SPRM di Putrajaya.

Program yang berlangsung hari ini diadakan khas untuk warga kerja KKLW dalam memberi pendedahan  akan bahaya rasuah dan kesalahan di bawah akta SPRM 2009 serta prosedur kewangan yang berkuatkuasa.

Beliau berkata program ini diadakan bagi memberi peluang warga KKLW dan agensi di bawahnya berinteraksi dan bersoal jawab dengan SPRM berhubung perkara berkaitan rasuah.

“Program ini diadakan bagi memberi fakta yang lebih jelas mengenai akta rasuah.

“Kita tak mahu mereka kata mereka kurang faham. Kurang faham mengenai rasuah bukan lagi alasan,” jelas beliau.

Sejak zaman Shafie Apdal menjadi menteri KKLW rasuah menjadi sebati dan perkara biasa. Dilaporkan kakitangan KKLW teknikal pun mempunyai akaun sehingga RM500k. Kemuncak rasuah ialah penahanan Dato’ Arif KSU KKLW dan anaknya baru-baru ini melibatkan syarikar Eramaz (M) Sdn Bhd.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s