NGO Minta SPRM Siasat projek era Shafie Apdal

shafieapdalnew.jpg

PUTRAJAYA: Sebuah badan bukan kerajaan pada Rabu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta badan itu menyiasat dakwaan sebuah laman blog berhubung projek bekalan air di Pulau Gaya, Sabah, melibatkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia Datuk Zulkarnain Mahdar berkata blog ‘Captain M The Great Soldier’ itu mendakwa berlaku penyalahgunaan dana dalam projek tersebut yang tendernya dikeluarkan semasa Mohd Shafie menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Katanya menurut blog itu, projek bernilai RM100 juta tersebut yang bermula pada Disember 2011 dan sepatutnya siap pada September 2015 masih bermasalah dan bekalan air gagal disambungkan kepada penduduk yang disasarkan.

“Dengan peruntukan sebanyak itu, kita ingin tahu kenapa ia gagal.

“Dan lebih teruk kerajaan negeri juga mengakui tidak mengetahui mengenai projek tersebut yang dikatakan dibuat secara sistem tender terancang iaitu pemberian secara terus kepada syarikat tertentu atas kuasa menteri,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPRM di sini Rabu. – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s