Close

Selepas Exco dan proksi MB Khaled Nordin pula bakal disiasat SPRM?

MB DAN SPRM.jpg

Umum mengetahui pengakuan Hj Amir Syarifudin Abd Rauf Pengarah SKS Group &  MB Group  dalam facebooknya  menjelaskan  ada 54 syarikat dalam  SKS Group Member (Malaysia). Begitu juga pemilik harta mewah, kereta Bentley dan akaun berjuta adalah milik Hj Amir. 

JOHOR BAHRU 10 Mac – Selepas anak dan pegawai khasnya dibebaskan semalm Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latif Bandi pula ditahan Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan skandal rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri Johor.

Sejurus penahanan Abd. Latif kira-kira pukul 10.50 pagi SPRM turut merampas kira-kira 150 utas beg tangan berjenama mewah milik isterinya, sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire dan wang tunai RM41,000 dalam serbuan di kediamannya di daerah ini kira-kira pukul 11.40 pagi. Nilai kese­luruhan beg tangan berjenama Chanel, Louis Vuitton dan Prada serta rampasan lain masih dalam proses penilaian.

Abd. Latif, 51, kini bercuti daripada tugasnya sejak 1 Mac lalu ditahan di pejabat SPRM negeri Johor semasa hadir untuk memberi ke­terangan membantu siasatan kes berkenaan.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Johor Bahru pagi esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM dan Seksyen 4 Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“Sehubungan itu, SPRM meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan pada masa sama memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan telus,” kata sumber SPRM.

Pada 24 Februari lalu, SPRM menahan enam lelaki berusia antara 25 dan 50 tahun terdiri daripada anak Exco Fauzan dan pegawai khas Idzuan Jamaluddin, Penjawat awam negeri, Hj Amir Syarifudin Abd Rauf Pengarah SKS Group & MB Group  pemaju dan seorang lagi kontraktor, peguam amir dan seorang awam.

Berita ini turut dipaparkan oleh blog Godeye4SRPM 5 Mac lalu “MB Johor jawab status tanah pemilik Bentley bukan anak Exco mengaku kaya ada lebih 54 syarikat”. 

5 mac lalu Khaled Nordin Menteri Besar Johor membuat kenyataan media menjawab kekeliruan semua pihak berhubung penukaran status dan pelepasan kuota Bumiputera di negeri ini tidak melibatkan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) atau kos rendah.

Menjadi satu persoalan jika Datuk Latif Bandi, anak exco, pegawai khas,  Hj Amir SKS Group Proksi Menteri Besar sahaja ditahan tetapi Khaled Nordin yang berkuasa meluluskan hal tanah, premium, kelulusan merancang dan pembinaan rumah tidak disiasat. 

Sumber dalaman dari pejabat Exco Perumahan menyatakan Datuk Latif, anaknya dan pegawai khasnya hanya sekadar kambing hitam. Ada banyak kejutan yang bakal berlaku.

“Jika Hj Amir proksi MB selaku pemaju dan kontraktor akan menjadi saksi kes rasuah maka tidak mustahil Datuk Latif, anak dan pegawai khasnya akan didakwa”. katanya namanya tidak mahu didedahkan. 

” Hj Amir ni semua projek perumahan, hotel, tanah bekalan dan lain-lain lagi dia sapu. Semua tahu dia proksi dan kawan rapat Menteri Besar. Gambar-gambar pun membuktikan siapa Hj Amir”. kata sumber itu.

28 Februari lalu SRRM merampas wang sebanyak RM15.5 juta yang disimpan dalam 45 akaun milik suspek dibekukan manakala 21 buah kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai sebanyak RM500,000 dan pelbagai dokumen dirampas.

sks-6

Umum mengetahui pengakuan Hj Amir Syarifudin Abd Rauf Pengarah SKS Group &  MB Group  dalam facebooknya  menjelaskan  ada 54 syarikat dalam  SKS Group Member (Malaysia). Begitu juga pemilik harta mewah, kereta Bentley dan akaun berjuta adalah milik Hj Amir.

Kekayaan keluarga Latif Bandi memiliki syarikat pembinaan  keluarga Bandi Bina Sdn Bhd sebelum menjadi Exco negeri juga diketahui ramai pihak. Bukanlah perkara luar biasa jika beliau mempunyai wang tunai, kenderaan mewah dan beg-beg tangan mewah.

Penahanan semua suspek disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM dan Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

KP GELANG PATAH.jpg

8 Mac dalam satu kes rasuah berbeza Abdul Hamid Soaip seorang ketua Pemuda Umno bahagian Gelang Patah yang juga pegawai kepada Mohamad Khairi Malik Setiausaha Politik MB Johor ditahan reman bersama teman wanitanya bagi membantu siasatan bersabit kes penipuan tawaran memiliki Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).

Hamid menggunakan kedudukannya yang rapat dengan Khairi Malik dan MB Johor untuk memperdaya pihak-pihak tertentu memiliki Rumah Mampu Milik Johor tetapi gagal mendapatkannya.

SPRM dilihat sedang berkampung di Johor. Polemik rasuah di Johor nampaknya semakin menuju klimaks sehingga penangkapan Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor itu. Netizen berpendapat ada kemungkinan ia bakal melibatkan Khaled Nordin MB Johor yang juga dikatakan terlibat membantu kelulusan khususnya buat syarikat milik Hj Amir dalam SKS Group/MB Group.

“Tidak mustahil Menteri Besar Johor juga bakal bertukar jika Khaled disiasat SPRM. Seperti Lim Guan Eng, Khaled tidak mungkin akan bercuti jika beliau disiasat”. kata seorang penganalisis politik 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Back to top
%d bloggers like this: