Setiausaha Sulit Kanan Menteri disiasat SPRM?

siapa dia.jpg

KUALA LUMPUR: Seorang lagi setiausaha sulit kanan menteri  dikatakan mempunyai gaya hidup mewah melangkaui pendapatan, memiliki kenderaan mewah, mengumpul berjuta-juta ringgit dalam masa yang singkat sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber pejabat Menteri kementerian itu terdapat satu aduan dikemukakan kepada SPRM disalinkan kepada Menteri, KSN, dan Biro Pengaduan Awam berhubung salahlaku rasuah setiausaha sulit kanannya yang tular dalam media sosial serta blog beberapa minggu lalu.

Setiausaha sulit kanan berkenaan dikatakan banyak kali diadu kepada SPRM berhubung kerja-kerja meminta rasuah dalam tender, permit import dan projek di kementerian itu.

Godeye4SPRM telah mendapat emel dari pihak berkenaan makluman mengenai siasatan kes SPRM itu yang sebelum ini dikatakan tular dalam blog dan media sosial. SPRM mengesahkan kes rasuah Setiausaha Sulit Kanan itu telah dibawa ke Jawatankuasa Menilai Maklumat (JMM) pada 24 Februari lalu.

laporan sprm sah.jpg

Kereta mewah seperti Mercedes Benc C200 berharga hampir RM300 ribu atas namanya, Toyota Land Cruiser SUV V8, Ford Fiesta dan Volkswagen Passat ditemui di rumahnya.

KERETA.jpg

SPRM turut menyiasat pembelian hartanya di kawasan Lembah Klang yang dikatakan diperolehi dari wang sogokan daripada kelulusan beberapa projek yang bernilai jutaan ringgit dan komisen permit bulanan.

Difahamkan rampasan harta di bawah nama setiausaha sulit itu bakal dilakukan dan penyiasat akan memanggil nama-nama lain yang telah didaftarkan sebagai pemilik harta. Sumber juga berkata, pegawai penyiasat telah pun mengenal pasti beberapa individu lain termasuk isteri  yang turut terlibat dengan kes tersebut dan juga akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Sebuah pasukan khas daripada suruhanjaya di Putrajaya juga telah pun memulakan siasatan  selepas aduan yang mengatakan dia menjalani kehidupan mewah melebihi kemampuannya.

Sehingga kini, suruhanjaya masih lagi meneruskan siasatan berdasarkan laporan dan maklumat yang telah diberikan oleh orang ramai.

Kontraktor dan vendor yang dipercayai telah dianugerahkan kontrak   dan permit import atas bantuan Setiausaha sulit kanan itu bakal dipanggil SPRM termasuk sebuah koperasi dikaitkan dengan Ketua Setiausaha Negara.

Ketua Setiausaha Negara dan Biro Pengaduan Awam telah sedia maklum laporan namun setakat ini tidak memberikan apa-apa komen bagi membiarkan siasatan dilakukan.

Menteri yang telah mengetahui laporan SPRM berkenaan sehingga hari ini hanya berdiam diri dan menyerahkan kepada pihak SPRM untuk menyiasat.

sumber

Advertisements

One thought on “Setiausaha Sulit Kanan Menteri disiasat SPRM?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s