Close

Siapa Tan Sri- Tan Sri taikun itu? Kenapa SPRM rahsiakan?

PASUKAN Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara (NRRET) Jabatan Peguam Negara dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terus mencatat kejayaan dalam memperoleh semula hasil wang negara yang hilang. Dua serbuan di dua buah negeri baru-baru ini telah membolehkan pasukan tersebut bukan sahaja membongkar perbuatan tidak membayar cukai oleh dua ahli perniagaan bergelar Tan Sri, malah turut mendedahkan bagaimana amalan rasuah melibatkan anggota agensi penguat kuasa masih berleluasa di sesebuah negeri.

tansrisiapa.jpg

KUALA LUMPUR 11 Mac  –  Tidak mengisytiharkan pen­dapatan sebenar, tidak membayar cukai dan merasuah anggota penguat kuasa sehingga mencecah RM1.5 juta sebulan.

Itulah merupakan antara per­kara yang terdedah dalam dua serbuan terbaru oleh Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara (NRRET) Jabatan Peguam Negara dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) baru-baru ini.

Dalam dua serbuan, di dua buah nege­ri tersebut dan melibatkan dua ahli perniagaan bergelar Tan Sri, pasukan ber­kenaan mendapati, kerajaan kerugian berpuluh-puluh juta ringgit setahun akibat tindakan mereka tidak mengisyti­harkan pendapatan sebenar.

“Ini termasuklah salah seorang daripada mereka menjalankan kegiatan judi nombor ekor ha­ram yang kita dapati bukan sahaja beroperasi di sebuah daerah atau di seluruh negeri berkenaan tetapi juga seluruh negara,’’ kata sumber tersebut.

Selain itu seperti dijangkakan, kata sumber, rasuah terus menjadi ancaman apabila dalam serbuan di salah sebuah negeri ber­kenaan, sindiket menyediakan peruntukan lebih RM1 juta setiap bulan untuk segelintir pegawai dan anggota agensi penguat kuasa.

“Rasuah ini untuk diberikan kepada anggota penguat kuasa di tiga agensi bagi memastikan kegiatan sindiket tidak terganggu termasuklah tidak mengambil tindakan ke atas pusat hiburan yang beroperasi melebihi waktu,’’ katanya.

Sumber itu menjelaskan, aki­bat daripada amalan rasuah yang berlaku ia mengakibatkan kerajaan mengalami kerugian besar dari segi pendapatan cukai sedang­kan mereka yang menjalankan kegiatan itu mengaut keuntu­ngan berpuluh-puluh juta ringgit sebulan.

Dalam serbuan di sebuah negeri di utara pula, kata sumber tersebut, seorang ahli perniagaan didapati tidak mengisytiharkan pendapatan sebenar bagi mengelakkan syarikatnya membayar cukai yang lebih tinggi kepada kerajaan.

“Kedua-dua kes itu dalam siasatan dan akaun serta aset mence­cahkan beratus-ratus juta ringgit telah dibekukan,’’ katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Back to top
%d bloggers like this: