SPRM Gempur Selangor 2 ketua balai dan 10 penguatkuasa lindungi rumah urut ditahan

suapan.jpg

KUALA LUMPUR: Dua ketua balai polis daerah Kajang dan Sungai Buloh, Selangor bersama 10 lagi anggota penguat kuasa pelbagai agensi yang melindungi pusat urut haram di sekitar negeri ini, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Mereka yang ditahan dalam operasi pada jam 9 pagi itu, dua ketua balai berpangkat inspektor; anggota polis (5); Bomba (4) serta seorang pegawai sebuah majlis perbandaran.

12 penguatkuasa sprm.jpg

Mereka yang berusia antara 26 dan 53  itu ditahan di sekitar Kajang, Sungai Buloh dan Kampung Pandan.

Sumber berkata, hasil risikan yang dijalankan hampir tiga bulan itu, suspek didapati  menerima wang rasuah secara bulanan daripada pengusaha rumah urut haram di Kajang dan Sungai Buloh.

reko inn.JPG
Rumah Urut Jalan Reko Kajang
rekod inn 2.JPG
Lindungi rumah urut dan pau setiap bulan

Katanya, semua suspek adalah penguat kuasa yang bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang seperti tidak memiliki lesen, menggajikan pendatang tanpa izin dan juga melanggar aspek keselamatan kebakaran.

“Sebaliknya, suspek menyalahgunakan kuasa dengan mengutip wang rasuah antara RM300 hingga RM10,000 bagi setiap rumah urut yang dilindungi mereka.

“SPRM turut merampas wang tunai RM25,000 daripada salah seorang ketua balai polis itu di rumah dan pejabatnya ,”

katanya  Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani mengesahkan tangkapan dan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM.

Katanya, semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam hari ini untuk dapat perintah reman.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s