Close

Teresa Kebal dari SPRM Jamal cuba lapor SPRM lagi

JAMAL LAPOR SPRM 1.jpg

SHAH ALAM 16 Mac – Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos hari ini tampil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor untuk membuat laporan khas kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung penyelewengan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Jamal bersama kira-kira 50 pengikutnya tiba di perkarangan pejabat SPRM negeri di Wisma PKPS kira-kira pukul 10 pagi dengan membawa dokumen berkaitan yang didakwanya bukti penyelewengan tersebut.

Jamal berkata, kehadirannya hari ini ialah untuk membuktikan bahawa beliau bukan menyebarkan fitnah dan cuba untuk menjatuhkan kredibiliti Ahli Parlimen Seputeh itu, tetapi demi menegakkan keadilan.

Ditanya mengenai apa tindakan Teresa terhadapnya.Jamal berkata dia rela disaman untuk membuktikan laporannya.

Untuk rekod Teresa pernah dilaporkan kepada SPRM pada tahun 2014 oleh pembantu khasnya. Sehingga hari ini tiada keputusan mengenai kes itu menunjukkan Teresa kebal dari SPRM

JAMAL LAPOR.jpg

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Back to top
%d bloggers like this: