Exco Johor dan Adam Rosly didakwa bukti SPRM tidak ‘pilih bulu’

EXCO DAKWA DAN ADAM.jpg

KUALA LUMPUR: Exco Johor Datuk Abdul Latif Bandi hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas 33 pertuduhan bersubahat bersama seorang jururunding hartanah melibatkan wang suapan RM30.3 juta.

Latif, yang mempengerusikan Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bulan lalu, 2 minggu selepas anaknya Ahmad Fauzan Hatim, 25 dan pegawai khasnya Muhammad Idzuan Jamalludin ditahan.

Mereka disiasat dalam skandal melibatkan penukaran status rumah Bumiputera kepada bukan Bumiputera melibatkan beberapa pemaju di Johor.Read More »