Exco Johor dan Adam Rosly didakwa bukti SPRM tidak ‘pilih bulu’

EXCO DAKWA DAN ADAM.jpg

KUALA LUMPUR: Exco Johor Datuk Abdul Latif Bandi hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas 33 pertuduhan bersubahat bersama seorang jururunding hartanah melibatkan wang suapan RM30.3 juta.

Latif, yang mempengerusikan Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bulan lalu, 2 minggu selepas anaknya Ahmad Fauzan Hatim, 25 dan pegawai khasnya Muhammad Idzuan Jamalludin ditahan.

Mereka disiasat dalam skandal melibatkan penukaran status rumah Bumiputera kepada bukan Bumiputera melibatkan beberapa pemaju di Johor.

Latif didakwa bersubahat dengan Amir yang menjadi orang tengah untuk menerima rasuah daripada beberapa individu bagi mendapatkan kelulusan pelepasan sejumlah rumah lot Bumiputera kepada pembeli awam, serta pengurangan sumbangan Tabung Perumahan Negeri Johor bagi Projek Eco Botanic di Pulai.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 28(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Mahkamah menetapkan wang jaminan RM2 juta seorang, dan memerintahkan kedua-dua tertuduh menyerahkan pasport.

Manakala  Adam Rosly Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang yang ditahan SPRM sejak 13 April lalu dan lanjutan 4 hari tambahan reman bakal didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001 dalam tempoh terdekat.

Pada 10 Februari lalu, SPRM merakam keterangan suspek berhubung dakwaan kekayaan luar biasa termasuk memiliki banglo dan beberapa kereta mewah meskipun baru memegang jawatan dalam PKR.

Netizen memuji tindakan SPRM bertindak menangkap sesiapa sahaja tanpa memilih bulu sama ada penjawat awam, wakil rakyat BN dan juga wakil rakyat pembangkang seperti Adam Rosly PKR.

Seperti kata pembangkang seseorang belum dibuktikan salah sehingga dibuktikan bersalah. Pendakwaan dimahkamah adalah satu proses mereka yang didakwa membersihkan nama masing-masing.

Advertisements

One thought on “Exco Johor dan Adam Rosly didakwa bukti SPRM tidak ‘pilih bulu’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s