Peluang Kedua IWH CREC Bandar Malaysia, EKOVEST lobi hingga ke Kota Belud?

ekovest dan rahman.jpg

Awal Bulan Mei lalu TRX City Sdn Bhd, syarikat di bawah Kementerian Kewangan, mengumumkan perjanjian jualan saham (SSA) Bandar Malaysia dengan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corperation (M) Sdn Bhd (CREC), dibatalkan, berikutan kegagalan pihak pembeli menunaikan tanggungjawab pembayaran.

Perjanjian itu membabitkan 60 peratus modal terbitan dan berbayar Bandar Malaysia Sdn Bhd, bernilai RM7.41 bilion. Keseluruhan pembangunan Bandar Malaysia membabitkan kos kira-kira RM200 bilion.

TRX City Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini berkata, walaupun IWH dan CREC yang membentuk IWH CREC Sdn Bhd (IWH CREC) diberi tempoh lanjutan bagi membuat bayaran, namun mereka gagal memenuhi tanggungjawab pembayaran sebagaimana termaktub dalam syarat SSA yang ditandatangani pada 31 Disember 2015.

Orang yang paling tidak senang atas pembatalan ini ialah Naib Pengerusi Konsortium IWH CREC Sdn Bhd (IWH CREC) Tan Sri  Lim Kam Hoo pemilik Ekovest Berhad, taikun besar yang menguasai projek di Johor dan punya hubungan rapat dengan pemimpin atasan.Read More »

Advertisements

Peguam Fitnah RM 3 juta KSN, Ahli Perniagaan lapor polis

KSN ISU.jpg

KUALA LUMPUR- Satu laporan polis dibuat oleh seorang Ahli Perniagaan terhadap dua orang peguam Jenny Choo dan Ivan kerana memfitnah Tan Sri Ali Hamsa Ketua Setiausaha Negara dan Shukry Mohd Salleh bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri berhubung fitnah terhadap Ali Hamsa dan Shukri telah menerima wang sogokan RM3 juta tahun 2015

Bayaran itu adalah untuk meluluskan permohonan tanah Projek Perumahan Penjawat Awam (PPA1M) oleh Syarikat Arena Prinsip Sdn Bhd dan Goodway Integrated Industries Berhad.

“Tuduhan dua orang peguam itu tidak berasas dan dilihat berniat jahat memburukkan Ketua Setiausaha Negara dan Pengerusi Bank Rakyat”. KatanyaRead More »

Kes rasuah zakat Pulau Pinang: SPRM sambung reman Haji Azman CEO ZPP

RASUAH ZAKAT PENANG.jpgGEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini mendapatkan perintah menyambung reman selama empat hari terhadap Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) Zakat Pulau Pinang (ZPP)  dan seorang pegawai kanannya bagi membantu siasatan kes penyelewengan wang dana agensi berkenaan.

Tempoh tahanan reman ke atas lelaki berusia 50 dan 35 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid di Mahkamah Majistret George Town kira-kira jam 3.05 petang tadi.

Read More »

SPRM lancar Gerah, ajak rakyat banteras rasuah

SPRM lancar Gerah, banteras rasuah habis-habisan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan ‘Gerakan Revolusi AntiRasuah (GERAH)’ di seluruh negara sebagai pemangkin dan tunjang perjuangan SPRM bersama rakyat dalam memerangi jenayah rasuah dan salahguna kuasa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad yang melancarkan GERAH berkata ia merupakan tahap baharu dan berbeza dalam usaha memerangi rasuah.

Mahasiswa universiti sanggup beri, terima rasuah, Mari bersama SPRM lawan rasuah – KP SPRM

LANGKAWI: Peningkatan peratusan pelajar universiti yang sanggup menerima dan memberi rasuah berdasarkan kajian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membimbangkan ketua pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad.

Dzulkifli berkata Kajian Persepsi Keberkesanan Tindakan Pencegahan Rasuah yang dibuat SPRM tahun lepas menunjukkan 16 peratus daripada 1,000 orang mahasiswa yang menjadi responden sanggup menerima rasuah jika mempunyai peluang dan kuasa.

Read More »