Peluang Kedua IWH CREC Bandar Malaysia, EKOVEST lobi hingga ke Kota Belud?

ekovest dan rahman.jpg

Awal Bulan Mei lalu TRX City Sdn Bhd, syarikat di bawah Kementerian Kewangan, mengumumkan perjanjian jualan saham (SSA) Bandar Malaysia dengan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corperation (M) Sdn Bhd (CREC), dibatalkan, berikutan kegagalan pihak pembeli menunaikan tanggungjawab pembayaran.

Perjanjian itu membabitkan 60 peratus modal terbitan dan berbayar Bandar Malaysia Sdn Bhd, bernilai RM7.41 bilion. Keseluruhan pembangunan Bandar Malaysia membabitkan kos kira-kira RM200 bilion.

TRX City Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini berkata, walaupun IWH dan CREC yang membentuk IWH CREC Sdn Bhd (IWH CREC) diberi tempoh lanjutan bagi membuat bayaran, namun mereka gagal memenuhi tanggungjawab pembayaran sebagaimana termaktub dalam syarat SSA yang ditandatangani pada 31 Disember 2015.

Orang yang paling tidak senang atas pembatalan ini ialah Naib Pengerusi Konsortium IWH CREC Sdn Bhd (IWH CREC) Tan Sri  Lim Kam Hoo pemilik Ekovest Berhad, taikun besar yang menguasai projek di Johor dan punya hubungan rapat dengan pemimpin atasan.Dalam satu wawancara Tan Sri Lim Kang Ho dengan akhbar The Star pada  23 Februari 2016, Kam Ho meletakkan nilai harga tanah Bandar Malaysia RM26 bilion. Tanah itu kini bernilai dua kali ganda dari pembelian IWH sebelum ini RM10.35bilion. Jika kerajaan meneruskan penjualan ini, bermakna kerajaan bakal dilihat menjual tanah Bandar Malaysia di bawah harga pasaran.

lim kam ho.jpg

Keberanian YAB Perdana Menteri dan kerajaan membatalkan perjanjian ini sesuatu yang wajar dipuji.

Kegagalan pembayaran setelah diberi pemanjangan 12 kali dengan nilai tanah yang semakin meningkat hanya akan mengundang isu jika kerajaan tidak menamatkan perjanjian itu. Kerajaan bakal membuka semula tender Bandar Malaysia untuk tawaran yang lebih tinggi.

Pembatalan perjanjian jual beli tanah Bandar Malaysia terhadap IWH CREC Sdn Bhd (IWH CREC) telah memberikan kesan kepada saham-saham milik syarikat di bawah penguasaan Lim Kam Ho. Saham Iskandar Waterfront City Bhd (IWCity) jatuh 7 peratus manakala saham Ekovest Berhad jatuh 5 peratus.

kam ho.jpg
Walaubagaimanapun pada 16 dan 17 Mei lalu portal The Edge Market  dan The Edge Property melalui Datuk Seri Rahman Dahlan Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberi kelegaan kepada IWH CREC Sdn Bhd dan Ekovest dibenarkan untuk membida projek Bandar Malaysia selagi tawaran bersesuaian dengan Kerajaan Malaysia.

Sambil memetik nama Najib, Rahman mengesahkan sesiapa juga layak terlibat membuat bidaan termasuk IWH CREC.

“Mereka masih boleh mengambil bahagian, selagi tawaran harga mereka terbaik”. Kata Rahman

Tan Sri Lim Kam Ho yang terkenal dengan sikap kerja keras dan lobinya dalam kerajaan nampaknya terus melobi Bandar Malaysia menjadi miliknya.

Menjadi satu kemusykilan dan persoalan selepas kenyataan Rahman Dahlan terhadap IWC CREC pada 16 dan 17 Mei lalu pada 20 Mei 2017 Rahman Dahlan memuat turun dalam facebook rasmi dan twitternya memaklumkan program Majlis Penyerahan Van Untuk Komuniti Kristian Kota Belud yang disumbangkan oleh Ekovest Berhad.

RAHMAN KEPENTINGAN.jpg
Apa kepentingan Ekovest Berhad menyumbang Van hingga ke Kota Belud? Ada sesuatu yang tidak kena

Selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri hubungan jelas antara Rahman Dahlan dan Ekovest Berhad ini amatlah ‘janggal’ dan tidak manis dipandang mata.  Rahman Dahlan mesti memberi penjelasan isu ini.

Apakah ada hubungan istimewa Ekovest Berhad dengan Rahman Dahlan lagi selepas ini khususnya dalam usaha melobi projek Bandar Malaysia yang sebelum ini IWC CREC gagal? Gambaran tidak sihat sudah wujud sejak Rahman Dahlan berkata terdapat peluang kedua buat IWC CREC-Ekovest untuk Bandar Malaysia

Bagaimana dengan SPRM? Adakah ini dilihat unsur kepentingan?

 

Advertisements

One thought on “Peluang Kedua IWH CREC Bandar Malaysia, EKOVEST lobi hingga ke Kota Belud?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s