Adik Shafie Apdal ‘Jutawan Sabah’ di tahan reman 5 hari

adik shafi reman1.jpg

KOTA KINABALU: Adik Shafie Apdal, Hamid Apdal, 52 yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan penyelewengan dana awam di Sabah, malam tadi direman lima hari hingga Ahad ini.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Stephanie Sherron Abbie, berikutan permohonan SPRM mendapatkan perintah tahanan reman bagi  siasatan kes penyelewengan dana RM1.5 bilion Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Sabah antara tahun 2010 hingga 2016.

Hamid, adik kepada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tiba pada jam 11.30 pagi tadi melalui laluan belakang mahkamah sebelum dibawa masuk ke Mahkamah Majistret 3 pada kira-kira jam 12 tengah hari.

Empat peguam mewakilinya iaitu Martin Tommy, Loretto J Padua, Hamid Ismail dan Cedric Choo, manakala SPRM diwakili Pegawai Pendakwaan SPRM, Mohd Faliq Basiruddin.

Sepasukan lima pegawai dan anggota SPRM turut menggeledah rumah Hamid di Putatan selama tiga jam mulai jam 3 petang semalam sebelum beberapa barangan dan dokumen dipercayai bahan bukti untuk kes itu dibawa keluar.

Berikutan penahanan terbaharu itu, seramai tujuh individu ditahan berhubung siasatan dalam kes terbabit, masing-masing empat ahli politik, dua ahli perniagaan dan seorang penjawat awam setakat ini.

Dijangka adik Shafie Apdal lain Hj Zul dan Datuk Yusof Apdal yang juga Adun Lahad Datu bakal ditahan tidak lama lagi berhubung membantu kes siasatan.

SPRM tahan 3 ahli politik Sabah bukti bukan tindakan berpilih

AZIS JAMAWI ARIFIN
SPRM hari ini menahan dua Ketua  Pemuda Umno Sabah serta seorang  pemuda Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Mereka yang ditangkap adalah Ketua Wira WARISAN, Datuk Mohd Azis Jamman, Ketua Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar, dan Ketua Pemuda Umno Tawau, Ariffin Kassim.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (operasi) Azam Baki mengesahkan penahanan itu.

Mohd Azis dan Jamawi, yang juga ketua pemuda Umno Tenom, ditahan di ibu pejabat SPRM Sabah di Kota Kinabalu, sementara Ariffin ditahan di pejabat badan itu di Tawau.

Jamawi merupakan bekas Pegawai Khas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kini adalah pegawai khas di Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Read More »

Kilang simen NSCI Bahau milik CIMA UEM Group rugi berjuta angkara kontraktor!

IZADDIN UEM

[MalaysiaPropagandaNews] Nampaknya isu UEM Group Berhad ini tidak pernah berakhir. Skandal UEM Group Berhad pernah didedahkan oleh blog Another brick in the wall. Pengambilan Sunrise UEM yang bermasalah sehingga sekarang masih menjadi buah mulut orang. Bukan itu sahaja pemegang saham dari DAP dan juga COO yang gemar mengkritik Perdana Menteri menjejaskan imej UEM. Pastinya juga anda mengenali Dato’ Tong Kooi Ong kroni Anwar Ibrahim salah seorang pemegang saham Sunrise UEM.Read More »