Kilang simen NSCI Bahau milik CIMA UEM Group rugi berjuta angkara kontraktor!

IZADDIN UEM

[MalaysiaPropagandaNews] Nampaknya isu UEM Group Berhad ini tidak pernah berakhir. Skandal UEM Group Berhad pernah didedahkan oleh blog Another brick in the wall. Pengambilan Sunrise UEM yang bermasalah sehingga sekarang masih menjadi buah mulut orang. Bukan itu sahaja pemegang saham dari DAP dan juga COO yang gemar mengkritik Perdana Menteri menjejaskan imej UEM. Pastinya juga anda mengenali Dato’ Tong Kooi Ong kroni Anwar Ibrahim salah seorang pemegang saham Sunrise UEM.

Kini terbaru dilaporkan aduan anak syarikat UEM Group Berhad iaitu Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA) melibatkan kilangnya Negeri Sembilan Cement Industries (NSCI). Terdapat aduan mengenai pengurusan NSCI kilang Bahau melibatkan salah laku penyalahgunaan kuasa, rasuah dan kes kecurian kargo melibatkan kilang simen NSCI Bahau.

jeti PD

Menurut maklumat dalaman terdapat salahguna kuasa dan rasuah melibatkan kontraktor NSCI iaitu Syarikat Perak Bumi-Rel Sdn Bhd yang beroperasi di Jeti Port Dickson. Syarikat Perak Bumi-Rel Sdn Bhd juga adalah operator jeti dan lori transporter NSCI bagi kargo arang yang diimport dari luar negara. Pernah terdapat aduan mengenai pencemaran alam sekitar. Namun tidak diambil tindakan hingga kini.

Perak Bumi-Rel Sdn Bhd telah lama dipantau kerana terlibat dengan kes kecurian kargo sejak bertahun-tahun yang lalu. Menurut penduduk tempatan di Jeti Port Dickson, kontraktor mengunakan gudang berhampiran untuk menyimpan sebahagian daripada kargo arang batu yang dipunggah dan kemudiannya menjual kargo tersebut kepada pihak lain.

Hal ini telah berlarutan bertahun-tahun namun NSCI tidak pernah mengambil serius untuk menghentikan penyelewengan oleh Syarikat Perak Bumi-Rel Sdn Bhd. Kenapa pihak pengurusan CIMA dan kilang NSCI membiarkan perkara itu?

nsci bahau.jpg

Disyaki Ketua Perolehan kilang bernama En.Nyak (HP 0125733345) dan beberapa kakitangan kilang Bahau bekerja rapat melindungi Syarikat Perak Bumi-Rel Sdn Bhd. Encik Nyak telah menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan peribadi dan memperolehi manfaat dari Syarikat Perak Bumi-Rel Sdn Bhd atau Mr Cha Kim Pao HP 0126018300

Baru-baru ini dilaporkan pihak pengurusan NSCI bertindak menyelesaikan kehilangan kargo secara tergesa-gesa dengan meminta bayaran token daripada kontraktor untuk menutup kes. Pihak pengurusan khususnya CIMA patut sedar dan menamatkan kontrak dengan Syarikat Perak Bumi-Rel Sdn Bhd. NCSI kehilangan berjuta-juta ringgit dari kecurangan Syarikat Perak Bumi-Rel Sdn Bhd ini.

Apakah Dato’ Izaddin Idris selaku Pengarah Urusan Kumpulan/ CEO UEM Group Berhad tidak pernah kisah mengenai anak syarikat dibawahnya yang rugi berjuta setiap bulan kerana salah guna kuasa dan rasuah?. Ia tidak wajar membiarkan Syarikat Perak Bumi-Rel Sdn Bhd merompak barangan milik CIMA-NSCI.

Pihak SPRM perlu bertindak untuk menangkap pihak yang terlibat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s