Close

Siapa Tan Sri- Tan Sri taikun itu? Kenapa SPRM rahsiakan?

PASUKAN Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara (NRRET) Jabatan Peguam Negara dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terus mencatat kejayaan dalam memperoleh semula hasil wang negara yang hilang. Dua serbuan di dua buah negeri baru-baru ini telah membolehkan pasukan tersebut bukan sahaja membongkar perbuatan tidak membayar cukai oleh dua ahli perniagaan bergelar Tan Sri, malah turut mendedahkan bagaimana amalan rasuah melibatkan anggota agensi penguat kuasa masih berleluasa di sesebuah negeri.

tansrisiapa.jpg

KUALA LUMPUR 11 Mac  –  Tidak mengisytiharkan pen­dapatan sebenar, tidak membayar cukai dan merasuah anggota penguat kuasa sehingga mencecah RM1.5 juta sebulan.

Itulah merupakan antara per­kara yang terdedah dalam dua serbuan terbaru oleh Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara (NRRET) Jabatan Peguam Negara dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) baru-baru ini.

Read More »

Selepas Exco dan proksi MB Khaled Nordin pula bakal disiasat SPRM?

MB DAN SPRM.jpg

Umum mengetahui pengakuan Hj Amir Syarifudin Abd Rauf Pengarah SKS Group &  MB Group  dalam facebooknya  menjelaskan  ada 54 syarikat dalam  SKS Group Member (Malaysia). Begitu juga pemilik harta mewah, kereta Bentley dan akaun berjuta adalah milik Hj Amir. 

JOHOR BAHRU 10 Mac – Selepas anak dan pegawai khasnya dibebaskan semalm Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latif Bandi pula ditahan Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan skandal rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri Johor.

Sejurus penahanan Abd. Latif kira-kira pukul 10.50 pagi SPRM turut merampas kira-kira 150 utas beg tangan berjenama mewah milik isterinya, sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire dan wang tunai RM41,000 dalam serbuan di kediamannya di daerah ini kira-kira pukul 11.40 pagi. Nilai kese­luruhan beg tangan berjenama Chanel, Louis Vuitton dan Prada serta rampasan lain masih dalam proses penilaian.

Read More »

NGO Minta SPRM Siasat projek era Shafie Apdal

shafieapdalnew.jpg

PUTRAJAYA: Sebuah badan bukan kerajaan pada Rabu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta badan itu menyiasat dakwaan sebuah laman blog berhubung projek bekalan air di Pulau Gaya, Sabah, melibatkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia Datuk Zulkarnain Mahdar berkata blog ‘Captain M The Great Soldier’ itu mendakwa berlaku penyalahgunaan dana dalam projek tersebut yang tendernya dikeluarkan semasa Mohd Shafie menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Read More »

KKLW lubuk rasuah SPRM syor rangka pelan integriti

Persepsi penjawat awam: KKLW sahut saranan SPRM rangka pelan integriti

PUTRAJAYA: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyahut saranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam merangka sebuah pelan integriti dalam mengubah persepsi masyarakat kepada penjawat awam.

Menurut Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri saranan yang dikemukakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki akan dibincangkan dan didrafkan secepat mungkin.Read More »

MB Johor jawab status tanah pemilik Bentley bukan anak Exco mengaku kaya ada lebih 54 syarikat

 

hj-amir-mb
Pemilik kenderaaan mewah Bentley dan akaun jutaan ringgit ialah Hj Amir Syarifudin Abd Rauf Pengarah SKS Group & MB Group (swasta) yang memiliki syarikat dalam dan luar negara. Hj Amir menjelaskan pesaing yang memfitnahnya sebelum ini bahawa ada 54 syarikat SKS Group Member (Malaysia)

“Saya senaraikan syarikat-syarikat dalam SKS Group saje  untuk tatapan semua tidak termasuk syarikat-syarikat  yang tersenarai dalam BSKL yang dimiliki oleh Group & syarikat-syarikat di luar negara yang dimiliki oleh Group.!!!

“Saya terpaksa bagi penjelasan ini secara terbuka untuk tatapan ramai kat luar sana walaupun perkara ini sensitif  kerana terlalu banyak tomahan, fitnah & berbagai cerita yang dicipta untuk merosakkan reputasi Saya & Syarikat, Peguam Peribadi saya & Syarikat akan mengambil Tindakan Undang-undang untuk menyelesaikan segala hal-hal yg berkaitan”Hj Amir Syarifudin Abd Rauf Pengarah SKS Group & MB Group (lebih lanjut didalam)

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor akhirnya menjawab kekeliruan semua pihak berhubung penukaran status dan pelepasan kuota Bumiputera di negeri ini tidak melibatkan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) atau kos rendah.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penjelasan berkenaan menjawab tuduhan tidak berasas wakil DAP bahawa kes yang dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini melibatkan rumah-rumah mampu milik Bumiputera.

Ia juga turut menepis tuduhan pembangkang terdapat kekurangan yang serius dalam jumlah rumah mampu milik yang boleh dibeli oleh Bumiputera akibat pelaksanaan berkenaan.

Read More »

Kerana minum pagi pemandu KSN dihukum tapi sejak bila kenderaan rasmi KSN Vellfire?

kenderaan-rasmi-ksn

PUTRAJAYA: Kerana sebuah laman facebook pada 28 Februari 2017 lalu bertindak memuatnaik sebuah gambar yang menunjukkan kenderaan rasmi KSN sedang diletakkan di sebuah kawasan komersial di Presint 8, Putrajaya pada jam 11 pagi dengan gambaran KSN minum pagi terus mendapat  respon KSN dalam twitternya mengambil tindakan tatatertib buat pemandunya.

“Peerrgghh hebat tu pukul 11.00 pg KSN gi minum kalau staf lain dah tentu kena buang kerja …“ini lah diibaratkan ibu ketam suruh anak nya jalan tegak tapi bapak nya tetap jalan mengereng ketepi,”  tulis Putra Cywar

Read More »

Annuar Musa sekali lagi dilapor SPRM kerana dana geran SKMM?

annuar-musa-macc-1

PUTRAJAYA: Selepas kes salagunakuasa Pengerusi MARA kini sebuah syarikat membuat aduan  mendakwa sebuah yayasan  milik Tan Sri Annuar Musa melakukan penyelewengan dana RM2.7 juta.

Pengarah pemasaran syarikat yang membuat aduan berkata dana RM2.7 juta itu untuk membangunkan perisian komputer bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurutnya, dana tersebut daripada geran SKMM yang dipohon bagi tujuan pembangunan perisian itu, dan peruntukan bagi tempoh selama 2 tahun.

Read More »

Siapa Anak Exco Perumahan Johor dan Pegawai Khas ditahan SPRM Skandal RM15.5juta?

idzuan

JOHOR BAHRU: Enam lelaki termasuk anak lelaki sulung Datuk Abd Latif Bandi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan  serta Mohamad Idzuan Jamaluddin pegawai khas, seorang penjawat awam Pejabat Tanah Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai terlibat rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata kesemua suspek yang berusia antara 25 dan 50 tahun itu ditahan semalam di beberapa lokasi dalam operasi serentak bermula 8.30 pagi.

Read More »

Back to top